4.2 HUBUNGKAIT KURIKULUM KEBANGSAAN, KURIKULUM SEKOLAH & KURIKULUM BILIK DARJAH

4.2 HUBUNGKAIT KURIKULUM KEBANGSAAN, KURIKULUM SEKOLAH & KURIKULUM BILIK DARJAH


KURIKULUM KEBANGSAAN

  • Komponen sistem pendidikan yang meliputi kurikulum dan kokurikulum yang berpusat dan seragam.
  • Mengandungi pengetahuan, kemahiran, norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan.
  • Dikenali sebagai kurikulum ideal/rasmi yang telah disempurnakan dan dibentuk berpaksi FPK secara menyeluruh untuk dilaksanakan di semua sekolah.
  • Contoh : KSSR & KSSM


KURIKULUM SEKOLAH

  • Segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah mengikut DSKP yang mengandungi: Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP) dan Standard Prestasi (SPi) sebagai panduan sekolah mencapai matlamat pendidikan.

 

KURIKULUM BILIK DARJAH

  • Melibatkan kurikulum formal dan kurikulum tidak formal yang dioperasikan di peringkat bilik darjah
  • Kurikulum formal adalah proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan kurikulum tidak formal yang berlaku di luar bilik darjah seperti aktiviti kokurikulum dan kurikulum tersembunyi.


RUMUSAN
Kurikulum kebangsaan dibentuk pada peringkat KPM dalam bentuk dokumen rasmi sebagai panduan dan bantuan kepada guru-guru dalam melaksanakan proses PdP. Pada peringkat sekolah, DSKP perlu ditafsir oleh guru dan diterjemahkan kepada RPT dan RPH sebelum dilaksanakan di dalam proses PdP.

                                                                                                                                    


Comments

Popular posts from this blog