4.7 PENUTUP

4.7 PENUTUP 


Kurikulum Kebangsaan, Kurikulum Sekolah dan Kurikulum Bilik Darjah mempunyai hubungan dan kaitan antara satu sama lain.Bagi menjayakan kurikulum, dokumen yang menjadi rujukan Kurikulum Bilik Darjah adalah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Pengetahuan Kandungan Mata Pelajaran mempunyai dua jenis iaitu Pengetahuan Deklaratif dan Pengetahuan Prosedural. Pengetahuan Deklaratif adalah berkaitan fakta dan maklumat umum yang boleh dihuraikan dan disimpan dalam dua bentuk iaitu ingantan simentik dan ingatan berepisod. Manakala Pengetahuan Prosedural adalah bermaksud bagaimana untuk melakukan sesuatu dan melaksanakan Langkah-langkah dalam sesuatu proses dan merangkumi kemahiran khusus dan sistematik. Jadual Spesifikasi Kandungan adalah amat penting bagi seseorang guru  dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif pembelajaran. Ianya amat membantu gerak kerja guru dalam menyampaikan sesuatu secara sistematik dan teratur.


Comments

Popular posts from this blog