4.3 DOKUMEN RUJUKAN KURIKULUM BILIK DARJAH
4.3 DOKUMEN RUJUKAN KURIKULUM BILIK DARJAH
KSSM & KSSR
- KSSR merupakan satu usaha penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara terutama di peringkat sekolah rendah yang dilaksanakan agar kurikulum persekolahan persekolahan memenuhi keperluan dan cabaran Abad ke21. Dilaksanakan bermula tahun 2011. Menitikberatkan kemahiran 4M : Membaca, Menulis, Mengira, Menaakul.
- KSSM dilaksanakan bermula pada tahun 2017. Memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran Abad ke21 seperti pemikiran kritis dan inovatif berasaskan 6 tunjang: Komunikasi, perkembangan fizikal & estetika, kemanusiaan, keterampuilan diri, sains & teknologi serta kerohanian, sikap dan nilai.
DSKP
- DSKP adalah 1 dokumen yang mengintegrasikan kurikulum dan pentaksiran. DSKP menyenaraikan Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP) & Standard Prestasi (SP).
- DSKP dilaksanakan untuk memastikan kurikulum yang digunakan merangkumi kandungan, pedagogi dan pentaksiran & juga memudahkan guru melaksanakan pentaksiran bersasaskan sekolah dalam proses P&P.
- Guru akan menggunakan DSKP sebagai panduan dalam membuat Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) & Rancangan Pengajaran Harian (RPH. Guru juga akan mentaksir perkembangan dan pencapaian murid melalui Spi.
RPT
- RPT adalah rancangan pengajaran tahunan oleh sesebuah sekolah yang dibina oleh guru-guru bersama rakan sepanatiadalam mata pelajaran opsyen. Proses ini adalah wajib bagi memastikan RPT disusun mengikut peruntukan waktu yang ditetapkan mengikut DSKP.
- Perkara yang perlu diberi perhatian ketika membina RPT adalah peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran, skop kandungan, urutan isi kandungan pembelajaran, kesinambungan isi kandungan & integrasi semua perkara yang perlu diajar (ilmu, nilai, teknologi, kreativiti, bahasa, keusahawanan, dan kemahiran).
RPH
- RPH adalah 1 rekod rasmi yang ditulis khas oleh guru sebagai persediaan sebelum melaksanakan proses P&P. RPH dijadikan satu bukti oleh guru bagi mengesahkan bahawa pengajaran sebenar telah berlaku. Kandungan RPH perlulah selari dengan RPT & dirancang mengikut model pengajaran yang bersesuaian.
- Maklumat yang perlu ada dalam RPH adalah maklumat asas iaitu: Tarikh, masa, kelas, subjek, tema, standard kandungan, standard pembelajaran, kaedah pengajaran, bahan bantu, penilaian, pengetahuan sedia ada & elemen merentas kurikulum. Kemudian pada bahagian ke2 RPH pula perlu ada maklumat aktiviti pengajaran iaitu langkah, masa, aktiviti P&P yang dipilih.
Comments
Post a Comment